Monday, May 23, 2011

HARI CUTI & CUTI PENGGAL PERTAMA 2011

Ruj.Kami: SKPU 2 06/03/009 ( )
Tarikh: 23 Mei 2011

Kepada,
Ibu bapa/Penjaga
Murid-murid
SK Puchong Utama 2

Tuan/Puan,

HARI GURU & CUTI PENGGAL PERTAMA 2011

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa sambutan Hari Guru peringkat sekolah akan diadakan pada 27 Mei 2011 (Jumaat), jam 7.20 pagi hingga 11.40 pagi.

3. Sehubungan dengan itu, semua murid Tahun 1 hingga Tahun 6, akan hadir pada sesi pagi sahaja, bagi meraikan dan memeriahkan sambutan Hari Sekolah SK Puchong Utama 2.

4. Sekolah akan bercuti bagi Penggal Pertama 2011 pada 28 Mei 2011 hingga 12 Jun 2011 dan sekolah akan dibuka semula pada 13 Jun 2011 (Isnin).

5. Diharap pihak tuan dapat menguruskan pengangkutan anak tuan pada hari tersebut. Kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan, pihak sekolah ucapkan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,

..t.t..
(ABDUL RAHIM BIN SHAHUDDIN)
Penolong Kanan
SK Puchong Utama 2
47100 Puchong

Tuesday, May 17, 2011

PKSR 1, PPPA UPSR 1, CUTI PENGGAL PERTAMA, HARI TERBUKA

Ruj.Kami: SKPU 2 06/03/009 ( )
Tarikh: 3 Mei 2011

Kepada,
Ibu bapa/Penjaga
Murid-murid
SK Puchong Utama 2

Tuan/Puan,

PKSR 1, PPPA UPSR 1, CUTI PENGGAL PERTAMA, HARI TERBUKA

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Peperiksaan Kendalian Sekolah Rendah (PKSR) 1 akan diadakan pada 18-24 Mei 2011 (Rabu-Selasa) untuk murid-murid Tahun 1-6 (sila rujuk jadual peperiksaan)

3. Program Peningkatan Prestasi UPSR 1 akan diadakan pada 24-26 Mei 2011 (Selasa-Rabu) untuk murid Tahun 6 bagi matapelajaran B.Malaysia, B.Inggeris, Sains dan Matematik (Sila rujuk jadual peperiksaan).

4. Sekolah akan bercuti bagi Penggal Pertama Tahun 2011 pada 28 Mei 2011 - 12 Jun 2011 dan akan dibuka semula untuk sesi persekolahan Penggal Kedua pada 13 Jun 2011 (Isnin).

5. Hari Terbuka untuk Ibubapa hadir bagi menandatangani buku rekod prestasi murid dan berbincang masalah pembelajaran anak-anak akan diadakan pada 24 Jun 2011 (Jumaat) di kelas. Sesi pagi pada jam 8.00 pagi - 11.30 pagi dan sesi petang pada jam 3.00 petang - 4.30 petang.

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,

..t.t..
(ABDUL RAHIM BIN SHAHUDDIN)
Penolong Kanan
SK Puchong Utama 2
47100 Puchong


JADUAL TAHAP 1 (TAHUN 1)

18 MEI 2011, RABU
Bahasa Malaysia Pemahaman
Bahasa Malaysia Penulisan
Bahasa Inggeris

19 MEI 2011
Matematik
Sains

20 MEI 2011
Pendidikan Islam/Pendidikan Moral

23 MEI 2011
Bahasa Arab/Bahasa Tamil
Pendidikan Seni Visual


JADUAL TAHAP 2 (TAHUN 4,5)

18 MEI 2011, RABU
Bahasa Malaysia Pemahaman
Bahasa Malaysia Penulisan
Bahasa Inggeris Kertas 1

19 MEI 2011
Bahasa Inggeris Kertas 2
Matematik Kertas 1
Matematik Kertas 2

20 MEI 2011
Sains
Pendidikan Islam/Pendidikan Moral

23 MEI 2011
Kajian Tempatan
Bahasa Arab
Kemahiran Hidup

24 MEI 2011
Muzik
Pendidikan Sivik
Pendidikan Seni Visual

LAWATAN SAMBIL BELAJAR

Ruj.Kami: SKPU 2 03/02/011 ( 01 )
Tarikh: 18 April 2011

Kepada,
Ibu bapa/Penjaga
Murid-murid
SK Puchong Utama 2

Tuan/Puan,

LAWATAN SAMBIL BELAJAR

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Panitia Sains serta Persatuan Sains dan Matematik dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Puchong Utama 2 akan mengadakan lawatan sambil belajar seperti yang berikut:

Tarikh: 26 Mei 2011
Hari: Khamis
Tempat: Zon Negara Malaysia, Jalan Ulu Kelang, 68000 Ampang, Selangor
Bayaran: RM30 (makan dan bayaran masuk serta aktiviti)


3. Tujuan lawatan sambil belajar ini diadakan untuk memberi pengalamn sebenar kepada murid untuk mengenal haiwan secara lebih dekat serta alam kehidupan haiwan. Ini dapat meningkatkan lagi pengetahuan mereka mengenai haiwan dan selaras dengan pembelajaran subjek sains mereka yang sebelum ini hanya dapat di lihat melalui gambar sahaja.

4. Sehubungan dengan itu, tuan/puan di kehendaki melengkapkan borang kebenaran Ibu Bapa dan Akuan Kesihatan beserta bayaran sebelum atau pada 22 April 2011 dan diserahkan kepada Puan Farah Binti A.Rahman selaku guru penyelaras tahun 1. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Cik Nomi Binti Fauzi di talian 013-6975895.

5. Pihak penganjur akan berusaha sedaya upaya untuk menjaga keselamatan pelajar-pelajar dan memastikan segala peraturan dipatuhi oleh anak/jagaan tuan/puan sepanjang lawatan ini diadakan demi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini daripada berlaku.

6. Kerjasama pihak tuan/puan amat kami harapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,

..t.t..
(ABDUL RAHIM BIN SHAHUDDIN)
Penolong Kanan
SK Puchong Utama 2
47100 Puchong


TENTATIF PROGRAM



7.30 pagi: Berkumpul & Taklimat
7.45 pagi: Bertolak ke Zoo Negara
8.50 pagi: Tiba di Zoo Negara
9.15 pagi: Pengenalan tentang Zoo dan peraturan semasa berada di Zoo
9.20 pagi: Ice Breaking - Pegawai melakukan aktiviti kecil dengan murid supaya lebih aktif
9.30 pagi: Berjumpa dengan binatang yang paling tinggi di dunia - Zirafah
Ucap Selamat Pagi - Gajah
9.50 pagi: Berjumpa dengan burung-burung di Zoo
10.10pagi: Berjalan di tempat Singa dan Harimau
10.20pagi: Menguji keberanian di rumah reptilia - Sesi Interaktif Reptilia
10.35pagi: Kitaran hidup katak di dumia Amfibia
11.00pagi: Pertunjukkan pelbagai jenis haiwan
11.40pagi: Salam akhir dari Pegawai Pendidikan Zoo
12.00 tgh: Makan tengahari/Melihat secara keseluruhan kawasan zoo di atas tram. Pegawai zoo akan uruskan.
12.30tgh : Berjalan sekeliling Zoo untuk melihat binatang yang belum dapat dilihat semasa atas tram - Akuarium
3.30 ptg : Bertolak balik ke sekolah
4.30 ptg : Dijangka tiba di sekolah

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru 2011



PERUTUSAN HARI GURU 2011
MENTERI PELAJARAN MALAYSIA
Y.A.B. TAN SRI HAJI MUHYIDDIN BIN HJ MOHD YASSIN
SEMPENA PERAYAAN HARI GURU KE-40
TEMA
“GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA”


Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam sejahtera dan
Salam 1Malaysia.

Tanggal 16 Mei setiap tahun seluruh negara akan meraikan Hari Guru sebagai pengiktirafan terhadap jasa dan sumbangan kaum guru. Justeru, marilah kita semua bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana sekali lagi kita dapat menyambut Hari Guru kali ke-40 pada tahun ini.

”Selamat Hari Guru” dan terima kasih serta setinggi-tinggi penghargaan terhadap komitmen, keikhlasan, dedikasi dan prestasi tinggi para guru kepada bangsa dan negara. Memperingati hari besar untuk guru membolehkan kita mengenal dan mengakui jasa guru tiada tolok tandingnya.

Pemilihan tema Hari Guru tahun ini iaitu “Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara” pada saya amat tepat kerana guru merupakan pemangkin dan penjana kepada transformasi negara, kerana daripada gurulah anak-anak kita mula mengenali dan mempelajari erti kehidupan.

Tanpa guru maka tidak adalah pendidikan. Sentuhan profesional yang bermartabat, penuh tanggungjawab dan berkualiti membolehkan anak-anak bangsa menerima proses pembelajaran yang terbaik dan bermutu. Pelaburan segala ilmu pengetahuan, keperibadian, jati diri serta budaya Malaysia oleh warga guru telah memungkinkan kemakmuran negara dapat dikecapi, malahan tanpa guru yang mengajar kita bertatih mengenal A, B, C, tidak akan mungkin kita boleh membaca, menulis dan mengira sekarang. Prestasi, keteladanan dan kepeloporan para guru yang telah ditunjukkan sejak sebelum merdeka sehingga kini merupakan semangat dan tradisi perjuangan yang perlu terus diabadikan dalam diri guru. Cetusan semangat perjuangan ini sememangnya penentu harapan masa depan negara dan tidak berlebihan jika dikatakan transformasi negara adalah dipertaruhkan kepada mereka yang bergelar sebagai guru.

Apabila kita mengenang semula sejarah, nilai-nilai kemuliaan guru boleh kita imbasi dengan cerita seorang wanita bernama Hajjah Zainon binti Munshi Sulaiman. Kejayaan yang dicapai dalam pendidikan telah dikongsi dengan masyarakat. Beliau mempunyai kesedaran yang sangat tinggi untuk menjadikan masyarakat pandai membaca dan menulis, kerana ilmu merupakan kunci dalam membentuk jati diri. Menyedari pentingnya ilmu, maka Zainon yang kita lebih kenali sebagai Ibu Zain telah menubuhkan sebuah sekolah di Pasuh Jaya, Negeri Sembilan. Usaha Ibu Zain meningkatkan pendidikan anak bangsa diteruskan apabila beliau mengasaskan sekolah agama petang, yang juga merupakan sekolah agama perempuan pertama di Johor. Jasa Ibu Zain tambah bermakna selepas pendudukan Jepun di bumi Malaya. Beliau menjalankan kegiatan dakwah bagi membantu memulihkan akhlak golongan wanita yang terpengaruh dengan tentera Jepun, selain membantu memulihkan semangat mereka yang dianiaya oleh mereka.

Dalam usaha mencapai kemerdekaan negara, Ibu Zain telah mencurahkan setia bakti demi sebuah kemerdekaan. Tanpa usaha gigih seorang guru seperti Ibu Zain pasti kemerdekaan sukar dicapai. Usaha-usaha pembaharuan yang dilakukan oleh Allahyarhamah Tan Sri Hajjah Zainon binti Munshi Sulaiman dengan ini menunjukkan guru berperanan penting dalam pembangunan negara. Sesungguhnya, guru menjana pemikiran untuk mengubah nasib bangsa melalui pendidikan.

Kini, matlamat menjadikan Malaysia negara maju menjelang 2020 juga amat bergantung kepada keupayaan dan kesungguhan warga pendidik dalam menyedia dan menyampaikan pendidikan berkualiti. Tugas guru adalah untuk melaksanakan amanah dengan ikhlas dan penuh tanggungjawab. Guru perlu melaksanakan tugas dengan bersungguh-sungguh, jujur dan ikhlas dalam mendidik anak bangsa supaya menjadi insan sempurna peribadi. Saya yakin, semua guru sentiasa berusaha ke arah memberi pendidikan yang terbaik bagi memenuhi keperluan dan permintaan ibu bapa serta murid-murid. Berpaksi kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pembangunan modal insan secara holistik melalui sistem pendidikan yang terancang mampu untuk memacu dan mencipta kejayaan negara pada peringkat global. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah merencanakan pelbagai dasar dan program dalam mentransformasikan Sistem Pendidikan Negara. Transformasi pendidikan perlu dilaksanakan agar terus relevan dengan keperluan negara dan antarabangsa.

Melalui transformasi ini, hasrat dan aspirasi negara untuk menjadi sebuah negara maju dengan rakyat berkemahiran tinggi mengikut acuan sendiri yang seimbang dari segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian dan kebudayaan dapat direalisasikan. Transformasi sistem pendidikan dilakukan dengan memberi tumpuan kepada pelaksanaan dan keupayaan penyampaian agar relevan dengan tuntutan semasa. Saya amat berharap guru menjadi penyambut utama dan melaksanakannya dengan bijaksana. Dalam konteks ini, kualiti guru perlu terus dipertingkatkan terutama aspek pengetahuan dan kemahiran. Usaha berterusan amat wajar demi meningkatkan lagi kompetensi guru sebagai pelaksana utama kepada transformasi pendidikan negara.

Semua warga pendidik telah sedia maklum dengan ungkapan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), yang merupakan teras kepada reformasi kepada cara kita bekerja. Menyedari pentingnya pendidikan kepada rakyat, maka Pendidikan telah dijadikan salah satu Bidang Keberhasilan Utama Negara. Kejayaan NKRA pada tahun lepas, sememangnya amat membanggakan KPM. Peningkatan jumlah murid dalam mengikuti Pendidikan Prasekolah, pencapaian dalam literasi dan numerasi (LINUS) yang memberansangkan, bilangan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) yang bertambah dan bilangan Guru Besar yang mendapat insentif di luar jangkaan iaitu sebanyak 7 peratus serta pelaksanaan Program Pembangunan Sekolah (SIP) yang telah berjaya menurunkan bilangan sekolah dalam Band 6 dan Band 7, menunjukkan betapa hebatnya guru-guru di Malaysia ini.

Syabas dan tahniah, saya ucapkan kepada semua Pengetua, Guru Besar dan guru-guru yang telah bekerja keras memastikan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mencapai sasaran yang ditetapkan. Sebenarnya kejayaan NKRA ini, adalah kejayaan kita semua di mana hasil kerja keras semua pihak terbabit. Semoga usaha ini akan diteruskan lagi untuk pencapaian akan datang.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Pendidikan bermatlamat untuk membina dan membangunkan potensi setiap murid tanpa mengira kaum, agama dan bangsa. Matlamat ini bertepatan dengan Gagasan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan. Guru mempunyai tanggungjawab yang amat besar dalam memupuk bibit-bibit perpaduan anak bangsa sejak berada di bangku sekolah lagi. Sekolah merupakan tempat kanak-kanak bersemuka dengan rakan-rakan tanpa mengira perbezaan warna kulit. Oleh itu, saya menaruh penuh keyakinan bahawa guru mampu menjana, menyemai dan memupuk semangat perpaduan dalam kalangan murid pelbagai kaum sebaik mungkin.

Kita semua tidak dapat menafikan bahawa perubahan terus berlaku dan pengaruh kuasa luar amat mencabar. Kesan globalisasi dan perkembangan ICT menuntut semua warga pendidik berusaha gigih bagi menghasilkan anak didik yang benar-benar berilmu, berakhlak mulia, mempunyai jati diri, dan mampu bersaing pada peringkat nasional mahupun global. Guru memainkan peranan yang utama dalam usaha melahirkan modal insan yang berilmu, kreatif, inovatif dan berketerampilan. Guru perlu menjadi pemain utama dalam menjana Model Baru Ekonomi bagi melahirkan rakyat yang berpendapatan tinggi. Saya amat berharap guru dan murid perlu sentiasa meningkatkan ilmu dan kemahiran yang diperlukan untuk bersama-sama menjana transformasi dalam membangunkan pendidikan negara. Ingatlah bahawa peranan guru sentiasa dinilai oleh masyarakat.

Guru perlu memelihara akhlak dan budi pekerti supaya guru terus dihormati dan menjadi suri teladan kepada anak didik dan masyarakat. Berkhidmatlah dengan penuh ikhlas. Teruslah berjuang kerana guru penjana Transformasi Pendidikan Negara. Sesungguhnya Malaysia amat memerlukan khidmat bakti para guru. Murid-murid sayangilah guru anda, mereka umpama ibu dan ayah. Kepada semua guru, sekali lagi saya ucapkan jutaan terima kasih atas segala jasa yang telah tuan/puan sumbangkan. Jasa dan pengorbanan ini akan terpahat dalam ingatan dan akan tetap dikenang sepanjang hayat.

“Selamat Menyambut Hari Guru”. “Terima kasih cikgu”.

Sekian, wabillahi taufik walhidayah wassalam mualaikum warah matullahi wabarakatuh.

Kementerian Pelajaran Malaysia
Putrajaya
10 Mei, 2011

Friday, April 29, 2011

PEMBERITAHUAN PENUTUPAN PAGAR KEDUA SEKOLAH

Ruj.Kami: SKPU 2 03/01/Jld.2(36)
Tarikh: 26 April 2011

Kepada,
Ibu bapa/Penjaga
Murid-murid Tahun 1 Hingga 6
SK Puchong Utama 2

Tuan/Puan,

PEMBERITAHUAN PENUTUPAN PAGAR KEDUA SEKOLAH

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan menutup Pintu Pagar Kedua sekolah mulai 3 Mei 2011 (Selasa) hingga 11 Mei 2011 (Rabu)bagikerja-kerja akhir menyiapkan pagar sekolah yang sedang dalam pembinaan.

3. Sehubungan dengan itu dimohon ibu bapa/penjaga menggunakan Pintu Pagar Utama sekolah bagi semua urusan keluar/masuk murid ke dalam kawasan sekolah. Bagi melancarkan lalulintas dan keselamatan murid maka pihak sekolah telah menjadikan jalan ke kawasan sekolah laluan sehala seperti yang disertakan.

4. Kerjasama dan perhatian tuan/puan dalam perkara ini diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian.

"SKPU2 SENTIASA CEMERLANG"

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"


Saya yang menurut perintah,

..t.t..
(NORHAMIZAR BINTI ISMAIL)
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
SK Puchong Utama 2

PEPERIKSAAN

Unit Peperiksaan
Sek. Keb. Puchong Utama 2
Jadual PKSR 1 2011

Jadual Tahap 1 (Tahun 2 & 3)



Rabu, 18 Mei 2011

Bahasa Malaysia Pemahaman (1.45 petang - 2.45petang)

Bahasa Malaysia Penulisan (4.05 petang - 5.05 petang)


Khamis, 19 Mei 2011

Bahasa Inggeris (1.45 petang - 2.45 petang)

Sains (4.05 petang - 5.05 petang)


Jumaat, 20 Mei 2011

Matematik (3.40 petang - 4.55 petang)

Pendidikan Islam/ Pendidikan Moral (5.05 petang - 6.05 petang)


Isnin, 23 Mei 2011

Bahasa Arab (1.45 petang - 2.45 petang)

Pendidikan Seni Visual (4.05 petang - 5.05 petang)





Disediakan oleh,


..t.t..

Setiausaha Peperiksaan (Petang)



Disemak dan disahkan oleh,


..t.t..

(Rahimah Abdullah)

Penolong Kanan Petang

Friday, April 8, 2011

KELAS GANTI (CUTI HARI DEEPAVALI)

Ruj.Kami: SKPU 2 06/03/009 ( )
Tarikh: 4 April 2011

Kepada,
Ibu bapa/Penjaga
Murid-murid
SK Puchong Utama 2

Tuan/Puan,

KELAS GANTI (CUTI HARI DEEPAVALI)

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Kelas Ganti akan diadakan pada hari Sabtu kerana sekolah akan bercuti sempena Hari Deepavali mulai 22.10.2011 hingga 30.10.2011 (9hari) seperti berikut:

Bil Jadual Waktu Masa Persekolahan Kelas (Tahun) Tarikh & Hari Kelas Ganti

1 Isnin 7.20 -1.10 4,5,6 (Pagi) 9/4/2011 (Sabtu)
7.20 – 12.40 1 (Pagi)
1.15 – 6.35 2,3 (Petang)

2 Khamis 7.20 -1.10 4,5,6 (Pagi) 23/4/2011 (Sabtu)
7.20 – 12.40 1 (Pagi)
1.15 – 6.35 2,3 (Petang)

3 Jumaat 7.20 -11.40 1,4,5,6 (Pagi) 7/5/2011 (Sabtu)
11.50 – 4.10 2,3 (Petang)

3. Tiada kelas Bahasa Tamil (Tahun 3-6) pada 7/5/2011 (Sabtu) yang mengikut jadual pada hari Jumaat.

4. Kelas Tasmik (Tahun 3,4,5,6) pada 23/4/2011 (Sabtu) yang mengikut jadual pada hari Khamis berjalan seperti biasa.

5. Diharap pihak tuan dapat menguruskan pengangkutan anak tuan pergi dan balik pada hari kelas ganti diadakan mengikut jadual di atas. Kerjasama daripada pihak tuan, pihak sekolah ucapkan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,

..t.t..
(ABDUL RAHIM BIN SHAHUDDIN)
Penolong Kanan
SK Puchong Utama 2
47100 Puchong
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...