Tuesday, May 17, 2011

LAWATAN SAMBIL BELAJAR

Ruj.Kami: SKPU 2 03/02/011 ( 01 )
Tarikh: 18 April 2011

Kepada,
Ibu bapa/Penjaga
Murid-murid
SK Puchong Utama 2

Tuan/Puan,

LAWATAN SAMBIL BELAJAR

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Panitia Sains serta Persatuan Sains dan Matematik dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Puchong Utama 2 akan mengadakan lawatan sambil belajar seperti yang berikut:

Tarikh: 26 Mei 2011
Hari: Khamis
Tempat: Zon Negara Malaysia, Jalan Ulu Kelang, 68000 Ampang, Selangor
Bayaran: RM30 (makan dan bayaran masuk serta aktiviti)


3. Tujuan lawatan sambil belajar ini diadakan untuk memberi pengalamn sebenar kepada murid untuk mengenal haiwan secara lebih dekat serta alam kehidupan haiwan. Ini dapat meningkatkan lagi pengetahuan mereka mengenai haiwan dan selaras dengan pembelajaran subjek sains mereka yang sebelum ini hanya dapat di lihat melalui gambar sahaja.

4. Sehubungan dengan itu, tuan/puan di kehendaki melengkapkan borang kebenaran Ibu Bapa dan Akuan Kesihatan beserta bayaran sebelum atau pada 22 April 2011 dan diserahkan kepada Puan Farah Binti A.Rahman selaku guru penyelaras tahun 1. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Cik Nomi Binti Fauzi di talian 013-6975895.

5. Pihak penganjur akan berusaha sedaya upaya untuk menjaga keselamatan pelajar-pelajar dan memastikan segala peraturan dipatuhi oleh anak/jagaan tuan/puan sepanjang lawatan ini diadakan demi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini daripada berlaku.

6. Kerjasama pihak tuan/puan amat kami harapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,

..t.t..
(ABDUL RAHIM BIN SHAHUDDIN)
Penolong Kanan
SK Puchong Utama 2
47100 Puchong


TENTATIF PROGRAM



7.30 pagi: Berkumpul & Taklimat
7.45 pagi: Bertolak ke Zoo Negara
8.50 pagi: Tiba di Zoo Negara
9.15 pagi: Pengenalan tentang Zoo dan peraturan semasa berada di Zoo
9.20 pagi: Ice Breaking - Pegawai melakukan aktiviti kecil dengan murid supaya lebih aktif
9.30 pagi: Berjumpa dengan binatang yang paling tinggi di dunia - Zirafah
Ucap Selamat Pagi - Gajah
9.50 pagi: Berjumpa dengan burung-burung di Zoo
10.10pagi: Berjalan di tempat Singa dan Harimau
10.20pagi: Menguji keberanian di rumah reptilia - Sesi Interaktif Reptilia
10.35pagi: Kitaran hidup katak di dumia Amfibia
11.00pagi: Pertunjukkan pelbagai jenis haiwan
11.40pagi: Salam akhir dari Pegawai Pendidikan Zoo
12.00 tgh: Makan tengahari/Melihat secara keseluruhan kawasan zoo di atas tram. Pegawai zoo akan uruskan.
12.30tgh : Berjalan sekeliling Zoo untuk melihat binatang yang belum dapat dilihat semasa atas tram - Akuarium
3.30 ptg : Bertolak balik ke sekolah
4.30 ptg : Dijangka tiba di sekolah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...